Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

19 August, 2017

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Dengan Bendi

aynora nur
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Dengan Bendi. Ikan pari semestinya sedap bila dimasak asam pedas. Tulangnya yang lembut mudah untuk dimakan seisi keluarga. Anak-anak kecil makan pun rilek je sebab tulangnya tidak membahayakan.

Ikan pari juga sedap dimasak lemak cili padi tetapi lebih sedap jika ikan pari tersebut dibakar dulu. Baru naik rasa aroma minyak bakaran ikan pari itu.

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Dengan Bendi

Tapi kali ini resepi ikan pari yang saya kongsikan akan dicampur dengan sayur bendi. Nak banyak atau sikit, terpulang..

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Dengan Bendi


Bahan-bahan:

Ikan pari
Cili kering 10 tangkai - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk - dikisar
2 keping asam keping
3 batang serai - diketuk
5 batang bendi
Gula
Garam
Daun kesum secukupnya

Cara menyediakan asam pedas ikan pari dengan bendi 


Resepi Asam Pedas Ikan Pari Dengan Bendi

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi. Tumis dengan serai sekali.

2. Masukkan air asam jawa @ asam keping dan air. Renehkan sehingga mendidih.

3. Masukkan ikan pari, garam, gula, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi. Biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin, jika suka.

Dah siap pun resepi ikan pari masak dengan bendi di atas. Selamat mencuba.

Resepi Kerabu Mangga Yang Sangat Sedap

aynora nur
Resepi Kerabu Mangga Yang Sangat Sedap. Kerabu adalah sejenis makanan yang berasaskan sayur-sayuran yang dimakan mentah dan dicampur dengan bahan-bahan yang lain yang hanya dihiris kasar untuk menampakkan keasliannya.

Kalau tak silap masakan jenis kerabu ni semua berasal dari Kelantan, yang memang terkenal dengan pelbagai jenis masakannya. Ada beratus jenis makanan dan masakan yang belum saya tahu dari negeri cik siti wan kembang itu. Sedikit demi sedikit kita pelajari, lama-lama tahu jugak.. ya dak?

Resepi Kerabu Mangga Yang Sangat Sedap
Gambar hiasan

Resepi Kerabu Mangga Yang Sangat Sedap


Bahan-bahan;

2 biji mangga muda l diracik halus
1 kuntum bunga kantan
4 biji bawang merah
30gm udang kering l direndam dan dikisar halus
50gm kacang tanah l digoreng dan ditumbuk halus
2 biji cili merah l dibuang biji dan dihiris halus
1 batang serai l dihiris halus
2 sudu makan sos ikan


Cara Buat Kerabu Mangga Yang Sangat Sedap


1. Racik mangga muda sehingga halus.
2. Campurkan semua bahan hiris bersama kesemua bahan lain.
3. Sedia dihidang.


Resepi Kerabu Mangga Yang Sangat Sedap

Sumber resepi saya kongsi dari rasa online dan siarkan semula di blog ini untuk idea menyediakan resepi kerabu yang sangat sedap.

Kalau selalu nak makan kerabu mangga, kami akan order dari restoran seafood thai yang memang ada menjual kerabu mangga dengan taburan kacang tanah di atasnya.. sedapnya...

Selamat mencuba.

18 August, 2017

Petua Tajamkan Mata Pisau Blender

aynora nur
Petua Tajamkan Mata Blender. Blender anda dah tak tajam lagi bila mengisar? Adakah kerana memang mesin pengisar dah rosak atau memang mata pisau blender anda yang dah kurang tajam. Bila blender dah tak tajam, kita pun ada masalah nak masak menu bercili. Masakan pun tak cantik bila bahan kisar tak hancur lumat. Jadi, jika mata pisau punya masalah, masih ada caranya.

Jika masih boleh diselamatkan, gunalah petua lama tok nenek kita biasa amalkan iaitu dengan menggunakan garam kasar. Kalau garam halus kurang berkesan.

Petua Tajamkan Mata Pisau Blender


Ada caranya yang boleh digunakan untuk tajamkan mata mesin pengisar anda.


Petua Tajamkan Mata Pisau Blender
Gambar hiasan

Mata pengisar pastinya akan tumpul jika diasak dengan pelbagai jenis bahan kisaran. Namun jangan risau ya, ada cara untuk anda memastikan mata pengisar sentiasa tajam. Ambil sedikit garam dan kisarkan beberapa minit pada mata pengisar. Bilas dan kemudian lapkan.

Cuba lakukannya dalam sebulan sekali dan lihat hasilnya.

Atau anda juga boleh selalu campurkan garam sekali ketika mengisar cili. Selain bagus untuk mata pisau blender, cili kering anda juga lebih tahan lama dan tidak berkulat dalam peti sejuk. Boleh tahan sebulan cili kisar anda itu.

Bila dah tahu petuanya, selamat mencuba.

15 August, 2017

Resepi Sandwich Telur Hancur Yang Mudah

aynora nur
Resepi Sandwich Telur Hancur Yang Mudah. Anda suka makan sandwich? Ada macam-macam jenis dan gaya sandwich yang boleh disediakan untuk keluarga tersayang. Ada sandwich telur, sandwich sardin, sandwich sayur dan banyak lagi.

Mari kita pelajari pula cara buat sandwich telur hancur yang mudah, sedap dan yang penting murah ya adik-adik dan kakak-kakak... hihi

Saya memang dah biasa buat sandwich telur hancur, kerana pernah rasa sedapnya ketika makan di sebuah hotel dulu. Sarapan pagi makan sandwich telur hancur yang sedap sangat.. tak sedar "termakan" berkeping-keping sandwich...


Resepi Sandwich Telur Hancur Yang Mudah 



Resepi Sandwich Telur Hancur Yang Mudah


Bahan-bahan:

sebuku roti tawar/ sandwich
3 biji telur rebus
25 gm mayonise
butter/ mentega
serbuk lada sulah
sedikit garam
timun
tomato

Cara Membuat Sandwich Telur Sedap dan Mudah


1. Timun buang biji kemudian potong tomato dan timun menjadi dadu dan ketepikan

2. Masukkan telur rebus tadi ke dalam mangkuk tetapi sudah di kupas sebelumnya dan hancurkan telur.

Resepi Sandwich Telur Hancur Yang Mudah

3. Masukkan tomato, garam, timun, mayonaise dan serbuk lada sulah ke dalam telur yang sudah dihancurkan tadi. kemudian kacau rata hingga dan tercampur.

4. Sapukan butter diatas roti dan letakan campuran telur hancur yang sudah dicampur tadi ke atas roti

5. Sapukan butter pada sekeping roti lainya dan lapiskan pada kepingan roti tadi. Buat sampai habis, atau jumlah yang anda suka

6. Akhir sekali, potong kepingan roti sesuai selera kemudian hindangkan. Biasanya saya potong bentuk segi tiga.. selera je makan..

Resepi Sandwich Telur Hancur Yang Mudah

Selamat mencuba resepi sandwich telur hancur yang sedap seperti di atas. Anda pasti tak menyesal bila dah pandai buat dan akan selalu buat bila tak ada idea nak minum petang atau breakfast...

13 August, 2017

Resepi Udang Masak Sambal Petai

aynora nur
Resepi Udang Masak Sambal Petai. Pada hari minggu nak masak special sikit, ya lah tak kerja.. boleh lah masak yang remeh sikit. Kalau nak makan petai sekali sekala, saya akan masak pada hari cuti.. faham-faham sudahlah. Ya tak?

Kalau nak masak sambal petai dengan udang, jangan letak petai berlebihan. Nanti rasa dan bau sambal agak pahit, cukup jadikan petai sebagai bahan tambahan yang sederhana saja.

Resepi Udang Masak Sambal Petai

Kali ini saya nak masak udang masuk petai sedap dan lazat. Petai pun cantik dan bulat.. sedap dikunyah. Ia jadi rangup. Hihi..

Orang kata nak beli petai ada caranya. Ada tipsnya. Antaranya..

1. Pilih petai yang sudah tua dengan bentuk biji bulat penuh dan terasa agak keras ketika ditekan. Petai yang tua biasanya lebih renyah dan cukup tajam aromanya. Beza dengan petai muda yang lebih lunak dan kurang tajam aromanya.

Resepi Udang Masak Sambal Petai

2. Pilih petai berwarna hijau segar yang kulitnya tidak berlubang dan semua biji petai tertutup rapat.

3. Selain membeli petai penuh yang belum dikupas, anda juga boleh membeli petai yang sudah dikupas. Tapi sebaiknya petai yang sudah dikupas harus segera dimasak kerana tidak mampu bertahan lama ketika disimpan.

4. Petai penuh yang belum dikupas boleh disimpan selama beberapa hari di dalam peti ais atau pada suhu ruang agar tetap segar.

Resepi Udang Masak Sambal Petai


Bahan bahan:

10 ekor udang kuning
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa


Cara sediakan sambal udang dengan petai

1. Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.

3. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.

Resepi Udang Masak Sambal Petai

4. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi udang masak sambal petai di atas. Sebelum ni pun saya ada tulis dan share resepi sambal udang. Terpulang anda nak ikut cara yang mana.

Bye.. selamat memasak.

09 August, 2017

Resepi Udang Galah Masak Lemak Jintan Manis

aynora nur
Resepi Udang Galah Masak Lemak Jintan Manis. Udang galah bukan senang nak dapat, harga sekilo dekat RM80. Dah lah mahal.. kalau masak tak sedap memang tak berbaloi.

Udang galah yang ada kat rumah nanti saya nak masak lemak jintan manis. Jintan manis biji boleh ditumbuk halus jika tak ada jintan serbuk dirumah. Mudah aje masak udang galah, jangan risau okay.. 😆😆😆

Stok udang galah tak jadi masalah bagi kami kerana hero rumah ini suka memancing udang. Saya tukang masaknya. Kadang kala dapat berkilo-kilo, boleh masak macam-macam la..

Resepi Udang Galah Masak Lemak Jintan Manis.
Gambar hiasan

Resepi Udang Galah Masak Lemak Jintan Manis


BAHAN-BAHANNYA:

4 ekor udang galah ( guna udang galah kaki merah @ udang pengantin)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/4 biji nenas madu, dihiris
1 tangkai cili hijau, belah 4
5 tangkai cili padi, diketuk
Garam secukup rasa (boleh tambah secubit gula)
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN TUMBUK HALUS

2 camca teh jintan manis
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus
2 cm kunyit hidup

Cara Menyediakan Udang Galah Masak Lemak Jintan Manis


1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil dan juga kotoran di kepala udang, cuci dan toskan. Nenas dihiris serong sederhana tebal.

2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga pecah minyak.

3. Masukkan santan cair, kacau dan bila mendidih, masukkan hirisan nenas. Kemudian udang, masak hingga udang bertukar warna.

4. Masukkan santan pekat, cili padi dan cili hijau. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula.

5. Masak dengan api perlahan sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman..

Selamat mencuba resepi udang galah masak lemak jintan manis yang sedap ni, confirm sedap sebab rasa manis udang galah segar bertemu dengan santan. Ummph!! Sangat.. ratah macam tu je pun sedap.

Saya selalu makan roti dengan kuah udang galah ni.. memang sedap sangat. Kalau tak pedas, kuah dia pun boleh dihirup. Hihi...

Blog Kayoomanis Satu Lagi Alternatif Blog Masakan Untuk Peminat Resepi Tempatan

aynora nur
Blog Kayoomanis Satu Lagi Alternatif Blog Masakan Untuk Peminat Resepi Tempatan. Kerana minat mengumpul resepi dengan gambar kuih muih dan masakan menarik, saya cipta satu blog khas untuk resepi dan masakan iaitu KAYOOMANIS. Blog ini baru berusia 5 bulan (ketika artikel ini ditulis).

Ada pelbagai resepi mudah, sedap dan murah yang boleh dicuba buat peminat resepi dan juga ibu surirumah atau pun wanita bekerja. Sesiapa saja boleh mencubanya.




Blog Kayoomanis Adalah Blog Resepi


Apakah jenis-jenis resepi yang ada dalam blog KAYOOMANIS? Buat permulaan, saya menulis resepi-resepi mengikut kelas tersendiri atau label yang khas untuk mudah membuat rujukan kepada diri sendiri dan juga wanita-wanita di luar sana..

Antara label yang disenaraikan adalah:

  • Resepi daging
  • Resepi Ikan
  • Resepi ayam
  • Resepi sayuran
  • Resepi sup
  • Resepi sambal
  • Resepi Kuih muih tradisional
  • Kisah Dapur

Dan banyak lagi.

Anda boleh klik pada pautan untuk dapatkan resepi diinginkan.

Sambil buat masak memasak di dapur, anda boleh juga lihat petua dapur dan hiasan dapur yang sesuai untuk rumah anda. Jika anda suka memasak, anda mesti suka dapur yang luas, betul tak?



Haaa.. tu dia, dapur yang bawah macam ada sikit bentuk dapur saya.. hihi

So, enjoy viewing my other blog dan cuba-cubalah resepi yang ada. Mana tahu ada yang berkenan... masakan sedap keluarga sayang.. 😘😘😘😘😘

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates