Kerabu Jantung Pisang Istimewa

Kerabu Jantung Pisang Istimewa. Rasa dah lama benar tak makan kerabu jantung pisang. Last makan dua atau tiga tahun lepas, itu pun bila ada pokok pisang dah condong sangat nak ditebang. Ada juga nampak orang jual kat pasar tani, tapi tak beli. Tengok aje.. hihi,

Tapi jangan tak percaya, makan jantung pisang bagus bagi penghidap kencing manis atau diabetes. Kandungan indeks glemik (GI) yang ada pada jantung pisang tergolong rendah sehingga sesuai untuk penghidap diabetes.

Kerabu Jantung Pisang Istimewa

Jantung pisang juga baik untuk jantung, hati dan buah pinggang, dengan mengamalkannya sebagai ulam-ulaman.

Kerabu Jantung Pisang Istimewa
Sumber: Google

Kandungan gizi dari mengambil 25gram jantung pisang adalah ia mengandungi 31 kkal kalori, 1.2gram senyawa protein, 0.3 gram lemak dan 7.1 gram karbohidrat. Jantung pisang juga mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan mineral penting seperti fosfor, kalsium, serta zat besi. #sumber

Resepi Kerabu Jantung Pisang

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 biji jantung pisang
1/2 cawan ikan bilis kecil - goreng ranggup
1 biji bawang besar
Kelapa parut - goreng
Garam
Gula
Jus limau nipis secukupnya


Bahan tumbuk:

3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2-3 biji cili merah
1 inci belacan dibakar


Cara Menyediakan Kerabu Jantung Pisang Istimewa



1. Kopek jantung pisang sampai ke bahagian yang lembut. Hiris jantung pisang nipis nipis dan rendam dalam air bersama sedikit garam dan diramas sedikit. Masak air dalam periuk sampai mendidih dan masukkan jantung pisang tadi. Masak sehingga jantung pisang empuk lembut. Tos dan ketepikan dulu.

2. Satukan bahan tumbuk bersama jantung pisang, kerisik, ikan bilis goreng, bawang hiris dan jus limau nipis secukupnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Kerabu jantung pisang siap untuk dihidangkan

Setelah tahu cara-cara nak buat ulam atau kerabu jantung pisang, kita dah boleh buat sendiri. Rupa-rupanya mudah saja, rebus dan gaul dengan bahan-bahan lain, dah siap.. yang pasti ia menyihatkan. Selamat mencuba resepi kerabu jantung pisang mudah ya..  

No comments:

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

Powered by Blogger.