Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Sedap

Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Sedap. Kuih seri muka secara tradisinya dibuat dalam dua lapisan iaitu atas berwarna hijau (tepung berasakan santan kelapa/pewarna pandan) dan lapisan bawahnya berwarna putih (pulut).

Saya ada terbaca dalam internet bahawa kuih seri muka jadi sedap bila bancuhan tepungnya dihasilkan lembut, warna sekata, rasa manisnya yang berlemak tetapi sesuai dengan kombinasi pulut kukus yang ada rasa masinnya. Hah! Nampak tak piawaian yang diberikan untuk mendapat kuih seri muka yang sedap.

Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Sedap

Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Sedap 


Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah Seri Muka (Bahagian pulut)

400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam)
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah


1) Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2) Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)
3) Sebelum itu, sapukan minyak di sekeliling loyang.
4) Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang yang berisi pulut tadi.
5) Gaul sebati dan kukuskan selama 25 - 30 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.
6) Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
7) Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
8) Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka

2 cawan santan pekat
150 mL air + 4 helai daun pandan
(Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau


Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Sedap 

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas Kuih Seri Muka


1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
2) Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
3) Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
4) Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
5) Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
6) Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
7) Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
8) Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
9) Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
10) Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.
11) Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan. 

Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Sedap
Sumber Google 
Yeah.. dah siap share resepi dengan sedikit info tentang pembuatan kuih seri muka yang sedap. Kuih seri muka secara tradisinya dibuat dalam dua lapisan iaitu atas berwarna hijau (tepung berasakan santan kelapa/pewarna pandan) dan lapisan bawahnya berwarna putih (pulut). Jangan keliru ya... hihi

Selamat mencuba.

No comments:

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

Powered by Blogger.