Resepi Mee Goreng Ringkas Dan Sedap

Resepi Mee Goreng Yang Sedap. Buat apa pun makanan kita mesti cari yang sedap, betul tak? Bila dah buat penat-penat tapi tidak dimakan kan membazir namanya tu...

Sebab itu saya suka buat experiment banyak kali, orang kata belajar dari kesilapan untuk memasak kepada yang tersayang. Dalam keluarga kami, saya dan encik suami suka makan mee goreng sebaliknya hero kecil dan abangnya suka makan mee hoon. Maka, kalau masak mee goreng kami akan masak sedikit sahaja, sebab dia orang tak berapa gemar...


Resepi Mee Goreng Ringkas Dan Sedap

Jika buat mee goreng. Saya akan pastikan mesti ada tauge dan daun sup. Barulah lengkap mee goreng saya. Saya juga lebih suka warna original mee goreng berbanding mee goreng berkicap. Tetapi citarasa masing-masing.. terpulang..

Resepi Mee Goreng Ringkas Dan Sedap

Resepi Mee Goreng Ringkas Dan Sedap


Bahan-bahan:

1 kg mee kuning - basuh dan toskan
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 genggam lada kering (lada saya ni kurang pedas) nak tau lada kering ni pedas atau tidak tengok pada kerintingnya lada tu*
segenggam udang kering*
1/2 cawan sos cili/ tomato
1/2 cawan kicap @ secukupnya tak perlu hitam (taknak pun tak apa..)
garam, isi terakhir sekali.. sbb kiub ayam dah ada garam
4 sudu besar gula (letak selepas tumis bawang dan lada)
2 stok kiub ayam
1/3 cawan minyak masak
1 mangkuk isi ayam 
1 mangkuk kecil sotong - dihiris kecil
sedikit fishcake
1 biji telur
sayur kubis/ sawi
1 mangkuk tauge
cili hijau - untuk hiasan


Cara menyediakan Mee Goreng Ala Mamak Yang Sedap 



1. Kisar bahan bertanda sehingga hancur - guna sedikit air
2. Panaskan minyak dalam kuali.., masukkan bahan yang dikisar tadi, tumis sehingga kering dan pecah minyak. 

3. Masukkan gula, kicap, sos cili/ tomato, kiub ayam, tumis lagi sehingga agak pekat.., dan sambal menjadi agak gelap.

4. Masukkan sotong, ayam, sehingga masak

5. Masukkan sayur kobis, dan sawi dan rasa kalau tawar tambah garam

6. Masukkan mee, kacau semua dan buat lubang ditengah kuali masukkan 1 biji telur
biarkan sebentar kacau telur tu (biar separa masak) dan kacau sekali dengan mee, (saya guna 2 sudip nak gaul mee, sekejap je lepas letak telur kacau-kacau dan masukkan tauge. Gaul sebati dan terus angkat.

7. Boleh dihiaskan dengan cili potong, taburan bawang goreng dan daun bawang dan limau nipis.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

@aynoranur