Resepi Siakap Stim Lemon Sedap Dan Mudah

Nak kongsi resepi apa yek hari ini? Dah lama saya tak makan siakap stim, apa kata kita tengok Resepi Siakap Stim sedap dan mudah dan kemudian boleh prepare bahan-bahan untuk makan malam. Bila malam makan yang stim (kukus), sihat sikit kan? Tak lak asyik melayan lauk lemak segala macam tu...

Resepi Siakap Stim Lemon Sedap Dan Mudah
Siakap stim lemon kegemaranku..
Bukan semua orang boleh masak sedap dengan bahan yang
Simple... , ianya adalah kepakaran masing2..

Resepi Siakap Stim Lemon Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dihiris halus)
1/2 biji lemon hiris nipis (ambil jusnya)
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
garam
hirisan daun sup
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)

Cara menyediakan Siakap Stim Lemon Sedap Dan Mudah


1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
2. Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
3. Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
4. Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus lemon tadi. Kukus lagi hingga masak.
5. Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar. Boleh dihias dengan hirisan lebihan lemon tadi.
6. Hidangkan bersama nasi putih.


Ikut pengalaman kami, makan di seafood restaurant yang tukang masaknya dari siam, baru sedap dia orang punya siakap stim lemon. Bila kita buat sendiri kat rumah dengan bahan yang sama, tetap tak dapat rasa yang serupa. Itulah rahsia kepakaran dia orang..

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

@aynoranur