Resepi Kerabu Ikan Bilis Ala Thai Yang Sedap

Resepi Kerabu Ikan Bilis Ala Thai Yang Sedap - Sebenarnya semua orang pandai buat kerabu ikan bilis yang simple terutamanya bila dah tak ada lauk yang sedap nak dimakan. Setuju tak? Ikan bilis goreng campur bawang goreng, letak cili setangkai dua.. ermm, sedap tu. Inilah lauk pilihan bila dah tak ada mood nak masak.

Tetapi kerabu ikan bilis yang saya nak share adalah ala Thai dan ada sedikit tambahan timun dan daun ketumbar sebagai penaik rasa dan bau. Barulah namanya kerabu.. ya dak? Oh ya, resepi kredit kepada Duniacikguwan.   

Resepi Kerabu Ikan Bilis Ala Thai Yang Sedap
Kerabu ikan bilis ala Thai - Gambar Hiasan

Resepi Kerabu Ikan Bilis Ala Thai Yang Sedap


Bahan-bahannya;

1 mangkuk kecil ikan bilis- goreng hingga garing, Sejukkan. 
1 labu bawang besar- hiris 
1 biji buah tomato - hiris 
2 biji cili padi - potong 
2 tangkai daun ketumbar 
1/2 biji timun, buang biji dan hiris nipis- kalau guna timun jepun tak payah buang bijinya. 
1 batang serai - ambil bahagian lembut sahaja dan hiris halus

Untuk perasa; 

2 sudu besar sos ikan 
2 sudu besar air asam limau nipis- guna sebiji yang saiz sederhana 
2 sudu kecil gula pasir

Cara membuat Kerabu Ikan Bilis Ala Thai Yang Sedap


1. Satukan semua bahan sayurnya. Gaulkan dengan bahan perasa. 

2. Gaul sebati dan tambahkan apa yang kurang. 

3. Masa nak dihidangkan barulah digaulkan dengan ikan bilis supaya ikan bilis kekal rangup semasa menikmatinya. Siap.

Selamat mencuba.

No comments:

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

Powered by Blogger.