Resepi Kambing Masak Kurma Yang Sedap

Resepi Kambing Masak Kurma Yang Sedap. Adunan resepi yang secukup rasa dengan rempah kurma yang pekat memang menjadikan daging kambing anda sedap dan lembut.

Biasanya saya suka makan daging lembu. Daging kambing ni jarang sikit. Tapi sesekali nak juga makan daging kambing yang dimasak dengan campuran perencah yang sedap. Memang awesome la rasanya...

Resepi Kambing Masak Kurma Yang Sedap


Resepi Kambing Masak Kurma Yang Sedap

Resepi masak kambing kurma ni, saya kongsikan daripada blog Tiffinbiru yang memang ada ribuan resepi sedap dan menarik. Blog En Mat Gebu memang jadi rujukan saya untuk masak memasak. Lagipun resepinya mudah dan menggunakan cara yang senang diikuti. 

Bahan-bahan:

1 kg daging kambing
2 batang serai, dititik
1 keping asam keping
1 camca besar gula melaka
2 camca besar kerisik
1 cawan pati santan
2 biji cili merah, belah 2 tak putus setiap 1
2 biji cili hijau, belah 2 tak putus setiap 1
6 biji kentang, kupas dan belah 2 setiap satu, rendam
1 biji tomato, cincang halus
5 camca besar rempah kurma, tak kisah. (jenama Adabi pun sedap..)
3 camca besar minyak sapi
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan Kisar Halus

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 camca teh lada hitam biji

Bahan-bahan tumis

1 biji bawang besar hiris
2 tangkai daun kari
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih 

Cara Masak Kambing Masak Kurma Yang Sedap



1. Daging kambing digaul dengan 2 camca besar tepung gandum, gaul rata dan perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Kentang ditoskan, rebus hingga 3 suku empuk, tos dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan tos. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi dan biar cair dan panas. Masukkan bahan2 tumis, serai titik dan tumis hingga harum, masukkan tomato cincang dan kacau rata. Tambah pes rempah (bahan kisar + rempah kurma, kacau rata) dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

3. Tambah daging kambing. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut. Tambah kerisik, asam gelugor dan pati santan. Kacau dan masak hingga kuah pekat.

4. Masukkan belahan gula melaka, cili hijau, cili merah dan kentang goreng. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau makanan kegemaran anda..

Selamat mencuba resepi kambing masak kurma gerenti sedap sebab daging kambing lebih sedap dimasak kurma berbanding daging lembu atau ayam. Tak percaya, anda boleh ambil ketiga-tiga lauk tersebut di kedai mamak dan bandingkan.. hihi

No comments:

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

Powered by Blogger.