Resepi Kerabu Nenas Rangup

Resepi Kerabu Nenas Rangup. Resepi kerabu yang nak dikongsi kali ini adalah kerabu nenas. Kalau kat rumah anda ada banyak stok nenas, boleh lah buat kerabu nenas ni. Caranya amatlah mudah, dan nenas anda rasa rangup sedap dan segar.

Kerabu nenas ni bahan asasnya ada kelapa parut. Dah namanya kerabu, memang gitu lah gayanya. Ada yang tak boleh ngam dengan rasa kepala kelapa parut dalam masakan. Saya okay je.. hihi

Resepi Kerabu Nenas

Resepi Kerabu Nenas Rangup


Bahan-bahan:

500 gram nenas
100 gram kelapa parut
40 gram cili merah (buang biji) - dikisar/ tumbuk
10 gram cili padi - dikisar / tumbuk
60 gram udang kering - dikisar/ tumbuk
150 gram bawang merah - dikisar/ tumbuk
15 gram belacan
Sedikit bawang merah - dimayang
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Cara menyediakan kerabu nenas sedap


1. Kupas nenas dan cincang isinya hingga sebesar kepala mancis
2. Sejatkan hingga kering
3. Gaul semua bahan-bahan yang telah ditumbuk, juga kelapa parut dengan nenas
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
5. Akhir sekali, taburkan potongan bawang merah di atasnya.

Kerabu nenas anda selamat untuk dimakan. Hidangkan dengan nasi putih panas dan juga boleh makan macam gitu aje.. sedap weh

Selamat mencuba.

No comments:

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

Powered by Blogger.