Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan

Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan. Kuih bakar? Atau anda ada panggilan lain yang lebih popular? Ada juga yang panggil kuih kemboja. Apa pun namanya, bentuknya hampir sama iaitu warna hijau dan di atasnya ada bijan. Kebiasaannya orang buat bentuk bulat macam bunga. Jarang pulak yang buat bentuk 4 segi, tetapi boleh aje.. tak ada hal pun.. acuan kuih bakar lebih kurang sama macam kuih bahulu..

Rupa bentuk kuih bakar santan atau kuih kemboja adalah seperti di bawah...

Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan

Resepi Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan 


Resepi di bawah saya kongsikan dari blog yatie memories dan siarkan semula di blog untuk rujukan bersama. Anda boleh melawat blog tersebut untuk koleksi resepi yang lain.

Bahan- Bahan


1 cawan gula
1 cawan jus pandan (boleh kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cawan air dan tapiskan)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan = 450 ml)
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan

Cara-Cara menyediakan kuih bakar santan yang sedap


1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.

2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dalam 5 minit terakhir).

Kuih Bakar Santan Yang Sedap Sukatan Cawan
Bahagian kulit luar yang garing lagi sedap!!

Makan kuih bakar santan ni yang sedapnya bila ada yang garing dan hitam pada hujung atau bawah kuih tu. Memang yummy la!!

11 comments:

  1. Sedapnya nampak. Suka makan, tapi tak pandai buat sendiri. Dulu Mak sedara Ros selalu buat. Memang sedap! Sekarang dah tak dapat rasa lagi.

    ReplyDelete
  2. Kita suka kuih ni nak buat takut lak tak jadi tapi resipi ni mesti kena cuba...

    ReplyDelete
  3. Kuih fav Aten! Thanks share resepi. Nanti boleh cuba hehehe

    ReplyDelete
  4. saya memang suka kuih kemboja ni,., nak cuba la macam senang je buat tapi lebih senang tunjuk terus makan cepat haha

    ReplyDelete
  5. sama kan dengan kuih bakar melaka?

    ReplyDelete
  6. Salah satu fav kuih sis ni. Nak dpatkan kuih ni kalau area pj ni mmg susah kena tunggu bulan puasa baru boleh dapat.
    Dah ada resepi ni boleh lah cuba2 buat nanti..tak payah tunggu puasa..hehehe. tq

    ReplyDelete
  7. Wah nampak sedap. Nanti Ika try wahhhh.

    ReplyDelete
  8. Ehhhh senangnya resepi dia... favourite kuih ni...

    ReplyDelete
  9. Ehh senangnya resepi. Ruby suka sangat kuih ni. Cuma sekarang kalau nak beli kat kedai, masa bulan Ramadan je banyak. So dah ada resepi boleh buat sendiri. Nak cari loyang dia nanti.

    ReplyDelete
  10. Wah sedapnya kuihni...boleh buatlah..resepi dia mcm senangje😉

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

Powered by Blogger.