Cara Buat Roti Jala Lembut Dan Sedap

Cara Buat Roti Jala Lembut Dan Sedap. Roti jala yang sedap akan tetap lembut walau disimpan sampai ke malam. Buat pagi hingga petang pun masih lembut dan sedap serta lemak. Nak tahu apakah rahsia sedapnya roti jala? Mestilah pada cara campuran bahan resepinya dan cara mengadunnya.

Roti jala yang sedap mestilah dicampur dengan telur dan susu. Macam mak mertua saya tak letak susu pun dah sedap. Kemudian dimakan cicah dengan kuah kari ayam kampung. Owhh! Terkenang-kenang sedapnya. Tak perasan boleh terhabis satu dulang .. hihi

Cara Buat Roti Jalan Lembut Dan Sedap
Gambar kredit Google

Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap


Bahan-Bahan:

1 kilo tepung gandum
2 biji telur ayam
1 tin susu cair Carnation (terpulang.. ikut suka)
1 sudu marjerin
Sedikit garam
Setitik pewarna kuning

Cara buat roti jala lembut dan sedap


1. Bancuh tepung bersama susu cair, garam, pewarna, mentega dan telur.

2. Kemudian, blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang.

3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair guna acuan roti jala yang anda suka.

4. Setelah selesai angkat, lipatkan segi empat atau segi tiga. Ikut suka..

Cara Buat Roti Jalan Lembut Dan Sedap
Kredit Google

Mesti anda pelik kan kenapa saya asyik cakap ikut suka.. haha

Itu namanya seni memasak. Bahan asas memang sama tetapi gaya kreativiti mempelbagaikan hasil masakan adalah terpulang kepada anda sendiri. 

Sebab itu ramai chef di dunia tidak menyekat kreativiti mereka dalam menghasilkan hasil akhir rupa dan bentuk masakan mereka.

No comments:

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

Powered by Blogger.