Hidangan Ringkas Buah Oren Dan Nugget Ayam Untuk Si Bujang

Hidangan Ringkas Untuk Si Bujang. Hidangan ringkas yang diminta oleh sibujang kecil saya yang berumur 10 tahun ini amat mudah iaitu buah oren dengan nugget ayam ramly burger. Untuk makan tengahari. Simple aje sebab di sekolah dah kenyang makan nasi goreng katanya...

Nak masak untuk si bujang kecil ini tidak cerewet. Kalau nak makan ikan siakap, ikan merah.. dan sebagainya.. dia kata order kat kedai. Haaha..

Oh ya, nak pesan sikit. Jika anda suka cuba resepi, anda boleh layari blog saya di ruangan menu bar di atas. Klik pada nama menu dan anda akan dapat cuba pelbagai resepi.

Hidangan Ringkas Untuk Si Bujang

Buah Oren 


Buah oren sunkist ni bagus diambil setiap hari kerana ia mengandungi vitamin C yang bagus untuk tubuh. Vitamin C dari buah oren juga bagus untuk kesihatan rambut anak anda terutamanya budak lelaki yang malas nak sikat rambut. Hihi..

Hidangan Ringkas Buah Oren Dan Nugget Ayam Untuk Si Bujang

Sayur Bendi Dengan Telur Hancur 


Sayur bendi ni untuk saya dan suami. Nak harapkan sikecil makan sayur serupa ini, memang tidak lah. hihi.. Sayur bendi ini saya masak dengan telur hancur.

Cara memasaknya.. potong serong sayur bendi anda. Ketepikan.

Hiris 2 ulas bawang kecil dan 1 ulas bawang putih., 2 tangkai cili hidup dan sedikit ikan bilis halus. Tumiskan. Bila dah naik bau, masukkan bendi tadi. Goreng seketika hingga nampak masak. Masukkan garam dan gula, jika suka.

Akhir sekali pecahkan sebiji telur. Kacau hingga rata. Matikan api bila telur dan nampak kering dengan bendi.  

Hidangan Ringkas Buah Oren Dan Nugget Ayam Untuk Si Bujang

Nugget Ayam Ramly Burger 


Nugget ayam ramly burger ni sedap. Antara nugget ayam yang saya syorkan kepada anda semua. Rasa kenyal dengan adunan ketulan ayam di dalamnya menjadikan nugget ayam ni jadi kegemaran kami sekeluarga. Nak masaknya? Goreng ajelah. Bila dah kekuningan,angkat dan toskan. hihi...

Hidangan Ringkas Buah Oren Dan Nugget Ayam Untuk Si Bujang

Selamat menjamu selera bersama keluarga anda. Biar resepi yang kita hidangkan untuk keluarga nampak biasa-biasa saja, yang penting usaha menyediakannya dan ikhlas seadanya.

No comments:

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

Powered by Blogger.