Resepi Apam Nasi Mudah Dan Cepat

Resepi Apam Nasi Mudah Dan Cepat. #ApamNasi antara resepi yang amat mudah disediakan dan murah. Hihi.. tak perlu belanja mahal untuk dapat makan makanan yang kita suka. Saya antara penggemar kuih apam, dari apam kukus ringkas sampailah ke apam beras dan sebagainya.

Apam nasi ni yang akan saya kongsi resepinya memang gebu-gebas, lembut sangat hasilnya. Jom la kita tengok #ResipiApamNasi yang bukan rahsia lagi kerana semua dah viral (sebab dah banyak kali share resipi ni).

Resepi Apam Nasi Mudah Dan Cepat


Resepi Apam Nasi Mudah Dan Cepat

Bahan A:

2 cawan nasi
2 cawan gula
3 cawan air suam
3 sudu kecil yis (sepeket yang 11gm tu)
(Nak letak 2 sudu kecil pun boleh)

Bahan B:

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
Pewarna (jika suka. Tak wajib pun)

Cara Buat Apam Nasi Mudah Dan Cepat


1. Jika blender besar, masukkan semua bahan A dan B, blend sampai nasi dan gula tu betul2 halus. Kemudian perap 1 jam.

2. Jika blender kecil/ sederhana, blend dahulu bahan A sehingga halus, kemudian, tuang atau campurkan dengan bahan B. Gaul rata. Perap 1 jam.

3. Lepas 1 jam, adunan apam nasi tu akan naik berganda. Nampak berbuih. Jika adunan x naik berganda, tak ada beza sebelum dan selepas perap, maknanya yis tu dah mati. Kalau dikukus juga, apam akan bantat.

2. Panaskan air kukusan dengan api besar.

3. Sapu minyak ke dalam acuan apam. Pastikan jangan terlebih minyak pula. Nanti bahagian bawah apam nasi tu basah.

4. Kacau-kacau adunan tu dulu. Pewarna boleh masuk sebelum perap atau selepas perap, ya. Tuang adunan ke dalam acuan. Letak 3/4 acuan (hampir penuh acuan)

5. Kukus apam tadi selama 10 minit. Pastikan api besar dan air sudah betul-betul mendidih baru kukus.

6. Setiap kali nak kukus, lap dahulu penutup pengukus itu supaya air kukusan tidak menitis atas apam. Boleh juga balut penutup pengukus dengan kain. Saya tak balut pun. Lap ja 😊.

7. Apabila apam masak, terus keluarkan. Nak makan dengan kelapa boleh, nak makan begitu sahaja pun sedap.

Nota:
1. Jika adunan yang sudah dibancuh tak naik lepas diperap, maknanya yis mati. Jangan buang adunan. Sayang. Buka yis baru. Ambil 1 sudu kecil yis, air dalam 4 sudu besar gitu (sikit ja sekadar nak bancuh), dan 1 sudu kecil gula. Kacau bagi larut. Biarkan dalam 10 minit.

Jika berbuih, maknanya yis tu hidup. Masukkan bancuhan yis tadi dan 1 sudu kecil baki yis yang belum dibancuh ke dalam adunan. Kacau rata, perap lagi 30 minit hingga 1 jam. Kemudian follow step no 2 sehingga no 6.

Sumber#ResipiNoyYullan #VideoTutorialNoyYullan

Diharap perkongsian Resepi Apam Nasi Mudah Dan Cepat yang dipaparkan boleh dijadikan panduan buat wanita dan ibu-ibu di luar sana yang gemar memasak. Bila tahu cara buat sesuatu masakan dengan betul, hasilnya pasti membahagiakan seisi rumah.. 😘😘😘😘

Selamat mencuba.

No comments:

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

Powered by Blogger.