Resepi Daging Masak Ketumbar

Resepi Daging Masak Ketumbar. Bila lepas hari raya korban banyak stok daging kat rumah ni. Mulalah dalam seminggu masak daging ke daging hingga naik tepu nak buat resepi apa tah.. hihi, semua resepi dah dicuba. Dari sup hinggalah ke nasi goreng, semua berkaitan dengan daging.

Daging pun tak elok makan selalu, terutamanya kepada penghidap gout. Kena standby ubat tu...

Setelah puas menggoogle resepi, ada satu resepi masak daging ketumbar. Sedap ke? Kalau ketumbar bau dia memang sedap terutamanya bila dah ditumbuk.. rasa segar je. Jom ikut resepi daging masak ketumbar yang saya hidangkan buat keluarga tersayang. Ada yang saya ubah sikit bahannya mengikut kesesuaian.

Resepi Daging Masak Ketumbar


Resepi Daging Masak Ketumbar
Gambar Resepi Daging Masak Ketumbar
Bahan-bahan:

500 gram daging lembu dihiris ikut suka - direbus seketika
7 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
sedikit halia dikisar
sedikit kunyit hidup dikisar
5 batang serai dikisar -
sedikit air asam jawa (campur dengan bahan kisar)
2 sudu besar ketumbar dikisar (cuci dulu, tos)
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Cara-caranya menyediakan daging masak ketumbar


1. Gaulkan bahan kisar, ketumbar dan air asam jawa rata-rata pada hirisan daging.

2. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Agak-agaklah. Gaul lagi.

3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan daging tadi. Tutup kuali.

4. Bila air daging telah kering tambahkan lagi air secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat atau garing dengan api perlahan. Kacau sekejap-sekejap.

Siap untuk dihidangkan.

Saya kongsikan semula resepi daging masak ketumbar ini dari blog Ani's Diary. Kalau mengikut resepi asal, beliau ada tambahkan lengkuas tetapi saya tidak. Kemudian, air asam jawa boleh dikisar atau dimasukkan ketika bahan sedang dimasak dalam kuali. Ikut suka anda.


No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

@aynoranur