Header Ads

Resepi Kuih Cucur Badak Yang Sangat Simple

Resepi Kuih Cucur Badak Yang Sangat Simple. Cucur badak kuih tradisi yang saya nak kongsikan resepinya hari ini, kuih yang jarang kami buat tetapi suka makan. Ada yang tak kenal kuih cucur badak? Jom saya kenalkan kepada anda...

Resepi Kuih Cucur Badak Yang Sangat Simple

Amacam,? Dah kenal dengan kuih cucur badak? Sejarahnya.. anda kena cari sendiri. Namanya yang pelik membuatkan kami selalu ketawa bila nak beli kuih cucur badak.

Resepi Kuih Cucur Badak Yang Sangat Simple

Inti dalamnya adalah serunding kelapa yang rasa manis pedas dan kulit salutan luarnya adalah daripada keledek.

Baca kat bawah untuk resepi dan cara membuat kuih cucur badak yang sedap dan ringkas.

Resepi Kuih Cucur Badak Yang Sangat Simple


Bahan-bahan:

1500g keledek putih
200g tepung gandum (berat 13% - 15% daripada berat keledek yang telah direbus dan telah dilenyekkan)
1/3 cawan gula kastor
1 sudu teh garam

Cara Membuat doh kuih cucur badak


1. Kupas kulit keledek, potongkan kecil dan bersihkan. Masukkan air dan rebus hingga empuk serta masukkan garam. Rebuskan anggaran 25 minit. Bila keledek telah empuk, toskan airnya sehingga kering.

2. Masukkan dalam bekas lain dan lenyekkan keledek itu hingga hancur. Lenyek guna anak lesong batu pun boleh). Ketepikan keledek yang telah dileyek tadi sehingga sejuk.

3. Sukatkan berat keledek yang telah dileyekkan tadi. Kemudian masukkan gula dan sebatikan.
Masukkan juga tepung sedikit demi sedikit sambil diulikan adunan sehingga boleh dibentuk.

4. Sekiranya adunan masih melekit ditangan dan tepung telah habis ...jangan risau. Basuh tangan dan keringkan. Salutkan tangan dengan sedikit tepung dan bulat-bulatkan adunan kepada bebola kecil. Berat anggaran 30g setiap satu bebola. - Sebenarnya tak kisah pun, anda boleh bulat-bulatkan dan leperkan ikut suka, tapi jangan terlalu tebal, nanti kurang sedap rasanya.

5. Leperkan doh, masukkan inti dan tutup rapat. Bulatkan dan leperkan sedikit. Salutkan tepung ditangan sekiranya doh melekat.

6. Susunkan diatas dulang plastik

7. Panaskan minyak dikuali dan gorenglah cucur badak tadi separuh masak untuk disimpan sebagai sejuk beku.

8. Jika digorengkan untuk makan, bolehlah digorengkan sehingga kuning cucur itu, dengan sentiasa membalikkannya, agar cucur tidak hangus.

Bahan Inti

1 biji kelapa parut putih
6 sudu besar cili kisar ( 10 biji cili kering dibuangkan biji - direbus dan dikisar halus)
3 biji cili padi *(pilihan sekiranya nak pedas)
3 sudu teh serbuk jintan manis*(lebih sedap kalau jintan ini disangai dan ditumbuk halus)
5 batang serai* - dipotong kecil
2 ulas bawang putih*
8 ulas bawang merah*
2" kunyit hidup*
70gm udang kering - dibasuh dan direndamkan terlebih dahulu
2 1/2 sudu makan gula
1 sudu teh pati ayam
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Resepi Kuih Cucur Badak Yang Sangat Simple

Cara Membuat inti kuih cucur badak


1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda * sehingga halus. Masukkan udang kering dan putarkan sebentar je, agar udang kering tidak terlalu hancur dan halus. 

2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan dan tumiskan lagi sehingga cili agak garing.
 
3. Masukkan garam, gula dan pati ayam. Rasakan kesesuaiannya dengan selera kita.  Masukkan kelapa dan kacaulah sentiasa sehingga sebati dan agak kering sedikit. 

4. Walau pun kering tetapi masih ada lembab sedikit, jangan terlalu kering. 

5. Sejukkan dan sedia untuk digunakan sebagai inti cucur badak.

Siap dah cara buat kuih cucur badak dengan resepi sekali. Serunding tu kalau tak habis guna boleh simpan untuk buat inti pulut panggang. Jimat kan?

No comments

Komen dengan berhemah. Terima kasih.

Powered by Blogger.